Sunday, May 24, 2009

Ulasan Buku


Tajuk: Doing Action Research; A Guide for School Support Staff
Nama Pengarang: Claire Taylor, Min Wilkie and Judith Baser
Tahun Terbit:2006
Terbitan: Paul Chapman Publishing

1. KONSEP KAJIAN TINDAKAN

Berdasarkan kepada buku yang saya kaji, kajian tindakan membawa maksud sesuatu alat yang mempunyai kuasa tersendiri untuk mengubah dan pembaikan di peringkat yang biasa.(Cohen,2000)

Kajian tindakan adalah sesuatu yang praktikal, berlaku mengikut putaran dan sebagai penyelesai masalah secara natural.(Gray,2004)

Pada umumnya, kajian tindakan ini dilakukan oleh golongan professional yang mana golongan ini menggunkan kajian tindakan untuk mencari maklumat dan melakukan perubahan terhadap profesion mereka sendiri.(Gray,2004).

2.MENGAPA GURU PERLU BUAT KAJIAN TINDAKAN

Setelah meneliti buku ini, terdapat tiga sebab yang dinyatakan kenapa seorang guru perlu melakukan kajian tindakan;

i. Untuk meningkatkan cara pengajaran dan pembelajaran

Sememangnya penting untuk seorang guru untuk melakukan kajian tindakan. Permasalahan yang timbul memerlukan kepada penyeleaian untuk mengelakkan masalh itu terus berlarutan. Cara yang paling baik adalah dengan melakukan kajian tindakan. Penyelesaian terhadap masalah itu akan dapat dijadikan panduan oleh guru atau pengamal untuk meningkatkan cara pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, semua pihak termasuk guru dan staf sokongan perlu bekerjasama untuk terus meningaktkan kualiti pengajaran di sekolah.

ii. Untuk Mewujudkan teori baru

Berdasarkan kepada McNiff dan Whitehead (2005) mereka berpendapat bahawa kajian tindakan merupakan sesuatu yang penting dan mempunyai autoriti yang besar untuk membolehkan guru terlibat di dalam penghasilan teori-teori yang baru. Ini disebabkan guru mempunyai kuasa untuk mencipta teori yang baru dan daripada teori yang baru dijana itu membolehkan guru membuat satu. Oleh itu, satu bentuk gerak kerja yang sistematik perlu dilakukan untuk menjana teori tersebut untuk kebaikan bersama di dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran.


iii. Memudahkan pembangunan yang reflektif terhadap kemahiran pengamal


Proses kajian amat berharga untuk peningkatan kemahiran berfikir di kalangan pengamalnya. Ini adalah kajian tindakan merupakan peneraju atau garis panduan untuk peningkatan di dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran dan untuk menjanakan teori-teori yang baru atau lama. Konsep ini telah di kaji oleh Schon (1983;1987) dan Brockband (2002) yang mana mereka menyatakan bahawa amalan reflektif ini hanya di dalam situasi tempat kerja manakala untuk di dalam pendidikan pula, ia di kaji oleh Pollard (2002). Apa yang dapat dirumuskan melalui kepentingan kajian tindakan ini ialah, pengamalnya dapat menjana minda untuk berfikir dengan lebih mendalam tentang pekerjaan mereka ataupun tentang sesuatu permasalah yang di hadapi. Ia juga boleh di jadikan panduan untuk menyelesaikan permaslahan yang baru timbul dan boleh di jadikan sebagai rujukan.

3. REKA BENTUK KAJIAN TINDAKAN

i)Model

Model kajian tindakan yang diguna pakai di dalam buku ini ialah model yang di perkenalkan oleh Kurt Lewin (1946). Model ini digunakan apabila masalah kajian telah diketahui. Terdapat empat tahap yang perlu dilalui untuk membentuk satu pusingan kajian;

Seperti yang diketahui, untuk melengkapkan kajian tindakan, sesuatu model kajian perlu berpusing secara berterusan sehinggalah matlamat kajian tercapai. Berdasarkan kepada dapatan yang diperolehi daripada kajian itu perlu di nilai untuk melakukan perubahan terhadap permasalahan yang timbul.

Merancang, Bertindak, Memerhati dan Refleksi

a)Merancang

  • Sebelum melaksanakan Kajian Tindakan, penyelidik perlu membuat perancangan.
  • Menentukan aktiviti-aktiviti dan tempoh masa pelaksanaan bagi menangani masalah yang dikenalpasti.
  • Setiap satu masalah yang dikenalpasti mungkin memerlukan satu atau lebih aktiviti.

b)Bertindak

  • Penyelidik melaksanakan rancangan mengikut apa yang telah dirancang.

c)Memerhati (pengumpulan bukti)

  • Pengumpulan maklumat boleh dikumpul melalui pemerhatian, temubual, soal selidik,ujian dan latihan serta analisis dokumen.

d)Mereflek

  • Refleksi adalah untuk mentafsir kemahiran mengajar guru dan mempertingkatkannya. Hasil daripada refleksi, guru akan mendapat kefahaman baru, kesedaran, keinsafan, perubahan tanggapan, perubahan amalan dan mempertingkatkan profesionalisme keguruan. Refleksi juga berlaku sebelum semasa dan selepas kajian. Proses ini mestilah dilakukan secara berurutan sehingga mencapai objektif yang dikehendaki.

ii)Sampel
Secara keseluruhannya, buku ini tidak menyatakan sampel secara khusus. Ini kerana buku ini hanya menyatakan dua contoh kajian yang dilakukan iaitu pertama kajian yang di lakukan oleh Sandra terhadap kanak-kanak yang memerlukan sokongan untuk perkembangan fizikal dan yang kedua ialah kajian yang dilakukan oleh Alison yang mana mengkaji kesan tanyangan visual di dalam pelajaran georgafi. Apa yang dapat saya rumuskan ialah, kedua-dua pengkaji menggunakan sampel pelajar untuk memenuhi syarat untuk melakukan kajian tersebut. Sampel kajian ini adalah bergantung kepada bentuk kajian yang hendak dilakukan, jika kajian ini di lakukan untuk pelajar, maka pelajar yang akan menjadi sampel kajian dan sebaliknya jika kajian itu untuk para guru, maka guru yang akan menjadi sampel kajian.

iii) Setting kajian.
Buku ini tidak menjelaskan setting kajian yang tepat dan terperinci. Berdasarkan kepada dua contoh yang dinyatakan, setting kajian tindakan ini dilakukan di bilik darjah atau sekolah. Tempat untuk melakukan kajian juga hendaklah selari dengan kajian yang hendak dilakukan.

4. PROSEDUR KAJIAN TINDAKAN

Prosuder kajian yang terdapat didalam buku ini adalah:

a) Mengenal pasti perkara atau permasalah yang ingin dikaji dan perubahan yang diperlukan.

b) Lakukan perubahan

c) Lihat pada kesan perubahan

d) Merancang semula/ melakukan pengubahsuaian perubahan

e) Ulang semula

f) Membuat refleksi dan diamalkan secara berterusan




5. PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA

Pengumpulan Data

Dalam penyelidikan terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan untuk pengumpulan data. Seseorang pengkaji perlu menetapkan fokus tentang apa yang hendak dikaji terlebih dahulu dengan menggunakan kaedah kajian literatur. Selepas itu, barulah pengkaji akan mengenal pasti data atau maklumat yang diperlukan. Dengan menggunakan rujukan literature membantu pengkaji untuk mengulangi kesilapan kajian lepas.

a. instrumen kajian
Instrumen kajian ialah alat yang digunakan di dalam proses mengumpulkan maklumat tentang kajian yang dilakukan. Kebiasaanya instrumen kajian ialah berbentuk soal selidik yang direka khas untuk mengumpul data kajian. Terdapat juga teknik temu bual dan pemerhatian.

b. teknik pengumpulan data
Untuk teknik pengumpulan data pula, penulis menyatakan beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk menjalankan proses pengumpulan data. Antaranya ialah;

i) Pemerhatian (observation)

Pemerhatian bukanlah sesuatu yang senang untuk dilakukan. Kaedah ini memerlukan pengakaji mempunyai latar belakang pengetahuan serta pemahaman situasi yang luas . Pemerhatian ini adalah sangat kompleks kerana ia melibatkan penglihatan, bunyi, sentuhan, bau sehinggalah kepada rasa.(Gray, 2004). Semasa proses pemerhatian, ia bukanlah sekadar hanya memerhati, malah di samping itu juga boleh mengumpulkan data dengan membuat rakaman video, kamera ataupun pita rakaman audio.

ii) Diari, jurnal dan nota lapangan

Cacatan diari (dikenali sebagai jurnal dan nota lapangan) boleh digunakan sebagai rekod pemerhatian. Cacatan ini akan membekalkan maklumat kepada pengkaji dengan memberkan maklum balas yang ikhlas untuk mengetahui tentang permasalahan yang dikaji. Penulisan itu boleh berpandukan kepada;
-data pemerhatian itu hendaklah dinyatakan masa dan tarikh. Ia juga perlu dinyatakan dimana ia berlaku atau dimana pemerhatian itu dilakukan.
-refleksi dan imbas kembali: jika nota itu dinyatakan selepas peristiwa, sekiranya ada maklumat baru yang datang boleh ditambah untuk melengkapkan maklumat.
-tema: analisi rekod dan tafsiran
-pengalaman data: log atau jurnal tentang apa yang dirasai tentang proses kajian atau peristiwa penting yang berlaku.

iii) Sumber Dokumentari

Bell(1999) menyatakan bahawa kebanyakan projek pendidikan akan memerlukan analisis keterangan setiap dokumen. Kebanyakkan keterangan tersebut terdiri daripada rekod pelajar, buku-buku kerja kanak-kanak atau dokumen dari pihak sekolah seperti minit mesyuarat, polisi, rekod kedatangan dan prospectus. Selain itu juga, terdapat beberapa bahan tambahan yang boleh diguna pakai di dalam proses kajian iaitu bahan bukan penulisan seperti lukisan kanak-kanak, model, gambar yang berkaitan atau kertas kerja yang relevan. Sesetengan keterangan ini penting untuk latar belakang malumat untuk kajian.

iv) Soal selidik

Seperti yang sedia maklum soal selidik merupakan set soalan yang mana seseorang perlu menjawabnya. Ia adalah salah satu alat untuk pengumpulan data yang sangat mudah, senang untuk dilakukan. Sesuatu set soalan perlu memenuhi ciri-ciri seperti mempunyai objektif dan persoalan kajian, mempunyai keesahan alat ukur (validity) mempunyai kebolehpercayaan (realibiiti) dan praktikal (boleh dilaksanakan).

vi) Temu bual

Temu buat adalah lebih flekesible berbanding dengan soal selidik. Mereka memberi pengkaji peluang untuk mendapatkan maklumat yang detail berbanding dengan kaedah pengumpulan data yang lain.

vii) Menggunakan Peralatan Audio Visual

Fotografi, rakaman audio dan video boleh digunakan semasa proses pengumpulan dijalankan.

c) Teknik Penganalisis data
Analisis data kajian haruslah dibuat berdasarkan perkara-perkara yang telah diselidiki. Ia adalah satu cara untuk meneliti segala hasil yang telah diperolehi sepanjang proses pengumpulan maklumat dijalankan. Terdapat empat aktiviti yang perlu ada untuk membuat penganalisisan data iaitu:
i) menamakan
ii) mengumpulkan
iii) mencari perkaitan diantara maklumat yang diperolehi
iv)menyatakan data


6. ETIKA KAJIAN TINDAKAN (research ethics)

Kaedah pengumpulan data dalam sesetengah kajian menyentuh rhsia, emosi, hak peribadi dan kebenaran subjek kajian. Oleh kerana data yang dikumpul daripada responden mungkin merupakan maklumat rahsia atau sesuatu yang sulit, yang tidak boleh di ketahui orang lain, atau yang apabila diumumkan akan mendatangkan kesan yang negative kepada pihak-pihak tertentuu, pengkaji perlu mengetahui etika penyelidikan sebelum merancang dan menjalankan kajian.

Diantara etika yang terdapat di dalam buku ini ialah menerangkan kepda peserta tentang kajian yang ingin dilakukan dan mendapatkan kebenaran daripada sesiapa sahaja yang terlibat dengn kajian tersebut. Jika seseorang kanak-kanak terlibat untuk di jadikan sampel, kebenaran ibu bapa diperlukan. Jika kajian yang ingin di lakukan perlu merakam video atau gambar di dalam kawasn sekolah, perlukan pengkaji mengikiut polisi yang ada dengan meminta kebenaran daripada pihak tertentu. Amat penting kerahsiaan nama peserta dan segala apa yang dinyatakan oleh responden semasa melakukan soal selidik. Secara kesimpulan yang dapat dibuat, apa yang penting ialah:

a) Menyatakan tujuan kajian dilakukan
b) Meminta keizinan daripada setiap orang yang terlibat secara langsung ataupun tidak


7. Kebolehpercayaan dan Kesahan


Di dalam buku ini, tidak dinyatakan tentang kebolehpercayaan dan kesahan kajian yang dijalankan kerana tidak terdapat contoh secara keseluruhan dinyatakan. Apa yang boleh dinyatakan tentang kebolehpercayaan dan kesahan ialah dari sudud maksudnya sahaja.

Kebolehpercayaan

Kebolehpercayaan ialah had atau takat yang mana sesuatu ujian atau prosedur mengahsilkan keputusan yang sama secara berterusan .(Bell, 1999). Dalam erti kata lain untuk metod pengumpulan data perlu kepada kebolehpercayaan yang mana sifat keputusan itu hendaklah berterusan dan tidak berubah untuk hari ini, esok atau hari-hari yang mendatang.


Kesahan

Bagi kesahan pula, ianya lebih kompleks daripada kebolehpercayaan. Ini adalah disebabkan kesahan memberi pemahaman kepada kita sama ada pengumpulan data itu untuk mengukur atau penggumpulan maklumat itu sememangnya telah mempunyai matlamat atau tujuan.


8. Penilaian Terhadap Keseluruhan Buku

Setelah mengkaji buku ini, apa yang dapat saya rumuskan disini ialah buku ini amat baik untuk dijadikan panduan kepada sesiapa yang baru mula berjinak dengan dunia kajian tindakan. Ini kerana pecahan setiap bab di dalam buku ini menerangkan langkah-langkah yang diperlukan untuk membuat kajian tindakan. Contoh untuk bab 1 menerangkan tentang pengenalan kajian tindakan. Melalui bab ini, pembaca akan dapat memahami skop peneyelidikan dan kenapa ia penting untuk dilakukan, memahami spesifik terminalogi hubungkait dengn kajian dan sebaganya.

Bab kedua pula menerangkan tentang kajian perpustakaan. Pelbagai teknik yang dinyatakan untuk melakukan kajian perpustakaan. Terdapat juga contoh-contoh kajian perpustakaan yang ditunjukkan tetapi tidak secara menyeluruh. Teknik pengumpulan data juga amat bagus dihuraikan untuk dijadikan bahan rujukan kepada pengkaji baru. Setiap bab din yatakan contoh secara tidak menyeluruh. Dalam bab 4 pula Min Wilkie menerangkan tentang cara untuk menganalisis data. Penerangan yang baik memudahkan lagi pemahaman pembaca.

Untuk panduan untuk menulis laporan, keterangan secara berperingkat mengikut susunan dinyatakan untuk memudahkan pembaca memahami langkah-langkah yang perlu dilakuan. Buku ini juga menyatakan kebaikkan daripada kajian tindakan yang di lakukan.

Apa yang kurang di dalam buku ini ialah penerangan yang kurang untuk prosedur kajian tindakan. Pembaca memerlukan bahan tambahan untuk memahami dengan lebih mendalam. Namun begitu, bukanlah bermakna buku ini tidak boleh dijadikan rujukan. Untuk maklumat lain cukup untuk penambahan kefahaman pembaca.

No comments:

Post a Comment