Sunday, May 17, 2009

Refleksi

Aktiviti 2 – Kumpulan

- Bentuk kumpulan dalam bidang yang sama ( 1 kumpulan 3 orang : lantik ketua, pencatat, pembentang).

- Selepas mengikuti kursus kaedah mengajar:

o Refleksi ke atas masalah / penambahbaikan dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu tajuk.

o Cadangkan satu strategi / kaedah pengajaran untuk mengatasi masalah tersebut.



Bentuk kumpulan dalam bidang yang sama ( Pendidikan Islam )

1) Halina binti Yusof ( Ketua )


2) Nur Atifah binti Abd Wahab (Pencatat)


3) Norbasirah binti Saodi (Pembentang).


- Masalah yang dihadapi sepanjang mengikuti kursus kaedah mengajar ialah bahagian sirah dan Tamadun Islam Tingkatan satu iaitu berkenaan dengan teknik bercerita yang tidak digunakan oleg guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.



Penambahbaikan yang perlu dilakukan ialah :

- Guru perlu banyak membaca buku atau sumber lain berkaitan dengan Sirah dan Tamadun Islam supaya dapat meningkatkan kefahaman tentang tajuk yang akan diajar. Selain dari itu, guru juga perlu mengetahui sejarah tamadun Islam secara keseluruhan supaya dapat memberikan penerangan yang lebih jelas.

- Guru perlu mengetahui teknik bercerita yang berkesan untuk menarik perhatian dan minat pelajar contohnya "tone" suara yang betul, pergerakan badan dan eye contact di antara pelajar-pelajar di dalam bilik darjah.



- Strategi yang perlu dilaksanakan oleh guru untuk menarik minat pelajar apabila mengajar subjek tentang Sirah dan Tamadun Islam ialah guru hendaklah menggunakan tayangan video yang menarik, menyuruh pelajar melakonkan watak yang diminta oleh guru dan guru hanya menyediakan skrip kepada pelajar atau mewujudkan mingu bercerita berkenaan dengan Sirah dan Tamadun Islam untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar.

No comments:

Post a Comment