Thursday, May 19, 2011

~~Aktiviti Sebelum Balik Kg~~

Sudah dua tahun diperantauan ,tahun nie setengah tahun baru aku balik ke kg....Kali nie aktiviti dua dalam satu....sambil membeli bekalan untuk di bawa pulang k kg...sempat lagi makan angin di Tawau. Terima kasih banyak-banyak untuk adik Dedot( geng ctzoner) bawak jalan-jalan di Table dan Dinner seafood yang memang sedaplah...Sambil jalan-jalan..sempat jugak snap gambar untuk kenangan menjadi pelancong sepenuhnya di Tawau..ahakkksssss

Sebahagian koleksi :

~teruk betul jambatan nie bergoyang~




~rindu plak kg halaman





 ~~Dinner Time~~
~Lambat betullah cik crab nie sampai~

~akhirnya my cik crab~

~nyum-nyum~
~Allahhumabariklana........amin~~

Thursday, April 14, 2011

~~Suatu Ketika Bersama Ar-Raudhah~~

Salam ukhwah untuk semua,,,,selepas disapa seorang kakak bercakap tentang blog..teringin pulak nak update blog yang mmg dah dua tahun di seliputi sarang labah-labah...hehehheh...

Untuk post yg sulung untuk 2011 ialah tentang Pertandingan Nasyid Pendidikan Khas di Kunak. Selepas hampir 3 minggu berlatih dan tarikh asyik berubah..akhirnya selesai jugak misi anak-anak pendidikan khas untuk mempersembahkan kebolehan mereka untuk beraksi di depan orang ramai. Siapa bilang anak-anak pendidikan khas tidak berkebolehan????Sangat emo bila ada orang yang memperlekehkan anak-anak syurga(bak kata si Undut)..

Walaupun ada beberapa pelajar yang tidak penah berjalan jauh..tapi kami memberikan semangat dan dorongan kepada pelajar supaya tidak cepat putus asa..selepas mengaharungi hampir 2 jam perjalanan..dengan keadaan jalan yang tidak beberapa elok...kami sampai jugak di veneu walaupun ada pelajar yang pening dan muntah sehingga kami perlu untuk memberi kata-kata semangat supaya pelajar tersebut mempunyai kekuatan untuk melakukan persembahan..

Dibawah gambar sekitar hari pertandingan:

~jenuh jugak melilit tudung peserta pompuan nie..nasib baik 4 orang jer~~


~~Peserta berdebar-debar menunggu acara di mulakan~~


~Hilang sudah debaran di dada...semua masih lagi masih bergaya untuk bergambar..huhuhuuh~


~Cikgu borek .anak murid rintik..suka betul begambar~

~apa pun bergambar dulu~






~Sebelum bertolak balik..datang dgn kereta..balik naik bas~

~Free style~

~Apa pun yang berlaku..kami tetap heppy~




Majlis penutup berakhir jam 5 petang..dan episod untuk TMQ pertama berakhir. Pasukan Ar-Raudhah mendapat tempat ketiga, dan wakit untuk hafazan pendidikan khas dari SK Sahabat 16 Johan dan mewakili zon tenggara untuk peringkat negeri di Tawau. Walaupun mendapat tempat ketiga di hati kami tetap menang..kerana bukan senang untuk mengurus anak-anak khas membuat persembahan. Tahun depan dengan misi baru untuk lakukan yang lagi baik..