Sunday, February 22, 2009

Dunia Baru Ku

Dunia baruku itu yang lebih tepat ku rasakan untuk menyatakan perasaan ku memasuki alam pendidikan khas. Permulaan yang begitu asing bagiku kerana tidak sangka akan menjadi guru pendidikan khas. Ia satu pengalaman yang baru bagi ku...


Pengalaman pertama untuk dunia baruku di Sek.Men.Keb. Sheikh Ahmad, Seremban. Tujuan ke sekolah itu untuk membuat tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Disebabkan guru yang perlu ku jumpa ada kelas, aku dan Kak Khai meninjau keadaan sekolah. Rasa gembira dan teruja apabila pelajar-pelajar memberi salam "Salam Cikgu". Itu lah perkataan yang selalu ku ucap bila berjumpa dengan guru di sekolah.


Semasa meninjau sekolah tersebut, aku melihat ada kelas khas di sekolah itu. Kami di sapa oleh Pembantu Pengurus Murid dan menjemput kami masuk kelas tersebut. Hati aku begitu excited nak tahu macam mana keadaan pelajar di dalam kelas.


Pelajar di dalam kelas tersebut berumur sekitar 16 hingga 20 thun. Keadaan fizikal mereka tipikal...namun ada mereka adalah Insan Istimewa. Jika pelajar yang sindrom down kita boleh cam, namun untuk slow learner dan autisma fizikal mereka memang lengkap, tapi perkembangan mereka untuk belajar agak perlahan.


Kali kedua aku pergi ke sekolah SMKSA sempat meninjau pelajar kelas khas. Afnan salah seorang pelajar melambai dan berkata "Hai Cikgu". Hati aku bangga kerana tidak sampai sejam aku bersama dengannya pertama kali berjumpa, Afnan sudah dapat ingat. Walaupun mereka tidak seperti kawan-kawan yang sebaya, namun mereka adalah insan yang istimewa dan sinar sentiasa bersama mereka...................

No comments:

Post a Comment